Thursday, October 24, 2013

Magnet Pada Hati

Assalamualaikum semua....

Lama sangat-sangat saya tak update blog ini...Macam nak bersarang kembali je gayanya...kannn.....?
Maaf....kerana kelewatan dan ketiadaan berita. Banyak perkara dan urusan yang dilakukan sejak dua menjak ini di samping masih kurang bijak untuk update blog guna android phone...hahaha...masih buta IT lagi saya ni....

Tiada kata apa-apa untuk memberi sebab kecuali "alasan-alasan" yang akan berpanjangan nanti. Maka, saya mohon maaf atas kemalasan saya untuk update blog ini. Mesti anda tertanya-tanya tentang sambungan kisah novel saya. Harap bersabar ye...ia masih di dalam proses pembikinan.... Doakanlah saya.... :)

Tapi blog saya pada kali ini bukan nak berkisah tentang arwah ayah saya...(mungkin ada serba-sedikit) tapi saya nak bercerita tentang sesuatu yang unik dan halus dalam diri kita, yang menjadi penarik kepada sesuatu yang kita inginkan. 

Apa tu? Daya penarik ke? Nak mengorat ke? Ooooo tidak-tidak....bukan mengorat, tetapi Daya Penarikkan (The Power of Attraction) pada kehendak hati kita. Saya mula terfikir untuk berfikir tentang perkara ini agak lama juga. Tapi perlukan ruang dan masa serta momentum untuk duduk dan menulis (blogging kata orang sekarang)

Perkara ini menjadi semakin kuat untuk saya tuliskan bila saya mendapat reaksi yang pelbagai dari mereka yang tahu mengenai minat saya yang suka berjalan, dalam erti kata lain suka melancong 'backpack'. Reaksi yang perlbagai inilah yang menyebabkan saya berusaha untuk nukilkan di dalam blog ini.

Sejujurnya, jika ada di antara rakan-rakan kita yang setiap kali tanya pasal "dia" (yang suka berjalan ini)...pasti orang akan cakap "oh dia baru balik dari sini....balik dari situ..." dan ayat yang paling "best" untuk didengari adalah..."ooo memanglah dia anak orang kaya..." "oooo dia banyak duit..." "Dia kawin dengan orang kayaaaaaa.....", ....................................................................................................(bunyi cengkerik)

SubhanAllah....suatu ketika dahulu, saya amat benci dengan kata-kata ini kerana ia sungguh tidak mengambarkan diri dan keluarga saya yang mereka katakan sebagai "kaya"...Tapi kini, setiap apa perkataan dan perkara yang mereka kata dan luahkan kedengaran seperti "negatif", saya akan cuba ubahkan pemikiran saya dengan menyatakan "Pernyataan mereka itu adalah positif dan mungkin menjadi doa pada saya" (walaupun niat asal mereka untuk memperli dan sebagainya....dan adakalanya...saya terus menyebut "Aamiinnn dan Alhamdulillah...", di dalam hati saya berkata, mudah-mudahan kata-kata itu adalah doa).

Ingin saya kisahkan bagaimana perkara di atas ini saya kaitkan dengan Daya Penarikkan ini.

Sejujurnya, mak ayah saya memang sangatttttttt lah teramat kaya (aamiinnnn...). Arwah ayah saya seorang bekas pesara kerajaan yang bekerja di Amanah Raya dan mak saya merupakan seorang guru pencen sekolah rendah. Ayah saya hanya berkelulusan MCE iaitu kalau sekarang takat SPM je...dan kerja pertama dia adalah kerani bawahan di pejabat perundangan. Dan mak saya hanya berkelulusan maktab perguruan sahaja dan bekerja sehingga pencen di sekolah rendah sahaja. Hasil perkahwinan mereka, maka saya mempunyai seorang kakak dan 2 orang abang dan saya yang terakhir (anak manjalah tue...)..............(korang ada dengar bunyi bom tak?..cuba check mata tuh, kot dah hilang sebijik...)

Arwah ayah saya ada 11 orang adik beradik...3 yang sulong adalah adik-beradik kandungnya dan selebihnya adalah adik-adik tirinya. Walaupun berlainan ibu, adik-beradik arwah ayah saya sangat rapat hubungan mereka malah adik-beradik kandung ayah saya dijaga dan dibesarkan oleh mak tirinya iaitu arwah Atok saya. (orang Johor panggil nenek dengan panggilan Atok. Kalau ada atok laki, bezakan dengan nama seperti Atok Lib (lelaki) dan Atok Munah (perempuan)). Dan sejak saya lahir hanya 2 orang Atok sahaja yang saya kenal iaitu Atok belah mak (arwah Atok Munah) dan Atok arwah ayah saya (arwah Atok Wok). Dan arwah ayah saya anak yang ke-2 dari sebelas adik-beradiknya.

Mak saya pula mempunyai 9 adik-beradik di mana 8 antaranya adalah adik-beradik kandung dan seorang adalah abang tiri yang berlainan mak. Mak saya adalah yang ke-3 dari 8 adik-beradik kandungnya. Besarkan keluarga mak ayah saya nih...Cuma yang uniknya, saya hanya mampu kenal 2 orang Atok sepanjang hidup saya di samping kekadang berjumpa dengan adik-beradik atok-atok saya yang lain. Tapi, kami tidaklah terlalu rapat dengan atok-atok saudara ini. Maka kini, anak-anak buah saya sampai pening-pening kepala sebab mereka terpaksa kenal dan ingat terlaluuuuu banyak Atoks....(hahaha..nasiblah....kira bersyukurlah tu....)

Jadi, arwah ayah saya pernah satu ketika mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara (selepas MCE) tetapi atas sebab adik-adiknya yang masih ramai dan bersekolah serta arwah Atok Omar saya hanyalah seorang ustaz kampung dan arwah Atok Wok saya seorang suri-rumah, maka tidak tercapai cita-citanya.

Maka bekerjalah arwah ayah saya sehinggalah dia pencen sebagai seorang Penolong Pemegang Amanah Raya yang mana gaji pencen dia yang pernah saya lihat adalah dalam sekitar RM 2600 (gaji pencen ye...) dan mak saya pencen sebagai pemangku guru besar sekolah rendah. 

Pada usia saya 6 Tahun, kami sekeluarga berpindah dari Bukit Baru Melaka ke Kuala Lumpur kerana arwah ayah saya ditukarkan tempat kerja. Duduk di rumah kuarters kerajaan berhampiran Dewan Bahasa dan Pustaka (zaman kecil saya membesar sangat indah di sini) menggambarkan keadaan ekonomi hidup di Kuala Lumpur sangat berbeza. Dan permulaan kepada minat suka berjalan ini saya sedar pada ketika ini di mana, hari pertama saya memasuki sekolah rendah agama (belah petang), saya secara tak sedar memberikan direction untuk ke sekolah saya iaitu di Masjid Negara (masa tu umur 6 tahun ye...) dan benda ini secara tiba-tiba menarik perhatian saya....("eh aku boleh hafal jalan ke....?") dan saya lakukan banyak kali menghafal jalan sehingga saya yakin yang saya mudah untuk mengingati jalan-jalan kat KL (ketika itu...)

Selain dari itu juga, bos arwah saya kebanyakkan mereka suka buat office trip atau lebih tepat "meeting trip" ke mana-mana di Semenanjung Malaysia ketika cuti sekolah. Jadi, ini juga yang menyebabkan saya suka berjalan dan keadaan ini juga walaupun masih sekolah rendah, saya dah mula memikirkan agar peluang berjalan saya ini saya tidak mahu hanya sia-sia. Jadi, kalau mak saya heret saya ke sana sini ketika arwah ayah saya meeting, saya akan layankan aja sebab saya dah tahu yang saya memang suka berjalan (dan jarang juga saya hendak tidur dalam kereta sebab saya suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan). Makanya, ketika sekolah rendah, ke P.D, ke Terengganu, ke Kelantan, ke Johor, ke Penang dan lain-lainnya saya pergi kalau pejabat arwah ayah saya buat meeting di luar K.L (meeting berserta office family day).

Selain dari itu, tidak pernah terfikir dalam fikiran saya bahawa arwah ayah saya mampu untuk membawa anak-anak dia makan angin ke luar negara. Saya memahami perkara itu sebab arwah ayah saya bukan kaya seperti sesetengah dari kita tapi keluarga saya masih dikategorikan keluarga sederhana senang.

Saya ingat lagi, niat pertama yang saya tanamkan dalam hati ialah apabila abang saya (yang 1st) dapat menyambungkan studynya ke United Kingdom. Saya banyak berangan-angan nak belajar ke oversea (belum rezeki sehingga sekarang), saya tetapkan juga niat, jika bukan belajar harap-harapnya ada rezeki untuk berjalan satu dunia..!(amiinnnn)...Pernah satu ketika, abang saya gagal dalam examnya di sana, menyebabkan mak ayah saya terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membayar exam yang gagal itu agar abang saya dapat menyambungkan studynya di sana. Dan perkara yang membuatkan saya pendam niat saya untuk sambung pelajaraan saya ke luar negara adalah kerana duit yang digunakan untuk membayar itu adalah hasil dari jualan tanah arwah ayah saya di kampung, yang mana duit itu arwah ayah saya teringin nak membeli kereta Mercedes  tetapi tidak tercapai hajatnya hingga bila-bila. Perkara inilah yang menyebabkan saya berdoa dan mengimpikan saya dapat berjalan melihat negara orang tanpa menyusahkan mak dan ayah saya. 

Sepanjang yang saya ingat, mak ayah saya tidak pernah bercuti bersama ke luar negara apatah lagi untuk membawa kami bercuti ke luar negara. Saya telan jerlah air liur bila ada antara sepupu-sepupu saya yang bercerita mereka pergi ke Chinalah, Londonlah, Australialah dan lain-lain tempat. Saya hanya mampu berdoa "Satu hari nanti aku akan dapat pergi berjalan ke seluruh dunia!!".

Pada saya berusia 14 tahun, pertama kali dalam hidup saya dapat menaiki kapal terbang. Peluang ini saya dapat kerana kakak saya dapat posting guru di Kota Kinabalu. Maka, pergi saya ke Sabah bersama mak ayah saya bersama arwah Atok Wok dan abang saya (yang 2nd). Dan ketika itu, untuk memasuki Sabah perlu membawa passport. Maka, peluang ini juga kami ambil pergi ke Labuan dan, dari Labuan dengan menaiki bot ferry kami ke Brunei. Ke Brunei itu tiada dalam perancangan dan mak ayah saya dan mereka berani membuat keputusan drastik itu kerana kami mempunyai keluarga yang menetap dan dari Brunei. Alhamdulillah...itulah kali pertama saya melangkahkan kaki saya dan permulaan langkah saya berjalan ke luar negara.

Peluang kedua saya adalah ketika saya berusia 16 tahun. Peluang ini adalah bila mak ayah saya merancang bersama kakak mak saya untuk melawat anak mereka (abang dan sepupu saya) yang belajar di United Kingdom (dengan menggunakan sedikit baki jualan tanah yang ada). Alhamdulillah, peluang itu bukan membawa saya menjejakkan kaki ke London (impian saya ketika hanya 'telan air liur' akhirnya Allah makbulkan), malah membawa saya menjejakkan kaki ke Switzerland, Paris dan Amsterdam (orang-orang dulu suka ikut pakej...jimat masa dan banyak tempat boleh pergi katanya...)

Peluang ini kami dapat merasai apabila arwah ayah dan mak saya di saat-saat tahun akhir mereka untuk pencen (ayah saya pencen ketika saya tingkatan 4 dan dia menyambung lagi kontrak selama 2 tahun, mak saya setahun selepas ayah saya pencen). Mak ayah saya jarang untuk berjalan bersama. Saya masih ingat, arwah ayah saya pergi ke Scotland menziarahi adiknya yang meyambung PHD di sana. Mak saya tidak dapat untuk ikut bersama kerana keadaan wang yang tidak cukup. Malah, umrah pertama mak saya juga adalah hasil duit yang mak saya sendiri kumpul. 

Perkara-perkara inilah yang membuatkan saya berfikir bahawa nilai wang itu bagaimana. Jika kita mahukan sesuatu, usaha ke arah itu. Jika impian kita sebesar nilai sepuluh sen maka sepuluh senlah yang akan kita dapat dengan usaha yang hanya sepuluh sen. Tapi jika impian kita nilainya sebesar dunia, maka kita akan buat dan usaha agar nilai usaha kita seperti yang kita mahukan. Dan, arwah ayah saya mengajar satu perkara tetapi bukan melalui perkataan tapi melalui perbuatannya iaitu, walau susah dan sedikit mana pun yang kita ada, jadikanlah tangan kita suka memberi. Berilah walaupun hanya 20sen, walaupun hanya 50sen, walaupun hanya RM1 kerana melalui perbuatan ayah saya itu, saya dapat memahami satu perkara...biarlah kita dapat sikit tapi cukup untuk keperluan kita dari banyak tapi hati resah gelisah dan hutang keliling kita. Sejujurnya, ayah saya mengajar saya erti jangan berhutang. Kebanykkan kereta yang dia beli semuanya yang second hand tetapi dia beli mengikut kemampuannya yang mana dia beli cash tanpa hutang. Dan dua kereta terakhirnya, barulah kereta first-hand yang mampu dimilikinya dan dia membayar cash iaitu proton waja dan kemudiannya kia citra.

Dan perkara ini semakin lama makin memberi fahaman kepada saya bahawa, bisikkan hati itu adalah doa. Jika kita sentiasa mengeluh dan merungut, maka itulah doa kita. Tapi jika kita bisikkan yang indah-indah pada hati dan jiwa kita, Insha Allah, rezeki Allah itu akan datang tanpa kita sedar. Ingat pada Daya Penarikkan yang saya katakan di awal tadi? Bisiklah di dalam hati kita yang baik-baik dan jika kita tidak memperoleh apa yang kita inginkan, sentiasa fikirkan apa yang kita dah dapat. Dan yang paling penting, percaya dan yakin bahawa Allah akan berikan apa yang kita inginkan dengan syarat iaitu kita kena sabar dan redha.

Banyak yang saya dengar antara rakan-rakan saya yang mengeluh atau nada dengki (jaki lebih tepat...(dush...dush...dush...amik kau....)) mengatakan, "saya lain mereka lain. Saya single, mereka ada anak. Saya tiada tanggungan, mereka ada tanggungan". 

Astaghfirullah... lupakah mereka bahawa kita semua adalah sama iaitu hamba Allah. Hamba Allah mana yang tidak diuji malah Nabi Muhammad saw sendiri diuji. Jangan menilai ke'best'an orang lain sebagai alasan untuk kita menafikan rahmat yang Allah berikan. Sesunnguhnya single saya, saya menghadapi ujian sorang-sorang (contohnya; ketika ayah saya sakit, saya hadapi sorang-sorang. "Takkan tiada adik-beradik tolong kot??..." Ada, tapi mereka punya isteri/suami dan anak-anak untuk berkongsi-rasa....saya berkongsi-rasa dengan assignments master saya...dan kerja-kerja saya...."Siapa suruh kau tak kawin?...." saya diam kerana saya tahu, tanyalah semua yang belum berkahwin, adakah mereka tidak mahu berkahwin?.....dan mereka masih merasakan hidup saya "best"....! Unikkan?...) dan itulah ujian Allah pada saya....

Mereka katakan saya tiada anak tapi lupakah mereka jika alasan anak itu adalah alasan untuk mereka sukar mengecapi hidup 'best'...alangkah ruginya mereka kerana telah Allah nyatakan bahawa setiap perkahwinan itu Allah akan limpahkan lagi rezeki dan setiap anak itu telah tersedia rezeki mereka masing-masing. Jadi bayangkanlah, jika mereka merasa hidup saya 'best', mereka lebih-lebih lagi boleh mengecapi hidup yang berganda-ganda lagi 'best'!...dengan syarat, bersyukur dan tanamkan niat yang indah-indah dan positif.

Mereka kata saya tiada tanggungan. Percayalah, menjaga seorang ibu lebih besar tanggungjawabnya dari membesarkan 10 orang anak. Dengan anak-anak kita boleh marah dan arah mereka untuk mengikut segala suruhan kita yang mana di akhir nanti mereka akan patuh pada kita, tapi dengan seorang ibu...anda nak marah ke pada mak anda yang berusia 72 tahun?...(di usia yang memasuki zon ingatan semakin berkurangan dan tenaga yang semakin kurang). Jika anda tidak menjaga ibu dan ayah anda, jangan berani untuk menegakkan benang yang basah!...

Jadi, apa yang kita dapat adalah ujian dariNya dan juga keinginan yang ada dalam setiap bisikkan hati kita yang juga turut dimakbulkan olehNya. Dan untuk saya, jika saya memikirkan soal masalah (terutama jodoh) hidup saya tidak akan tenang dan menyalahkan keadaan dan orang lain. Dan silap haribulan saya akan terus-terusan menyalahkan tuhan (Nauzubillah). Dan setiap peluang yang Allah berikan pada saya, kemudahan untuk saya berjalan melihat tempat orang merupakan rahmat, dan Allah menangguhkan soal jodoh saya merupakan ujian dan juga rahmat untuk saya sentiasa kembali kepadaNya dan percaya pada ketentuannya. Jadi, perlukah saya hidup dalam kemurungan sedangkan saya punya pilihan untuk membuat hidup saya jadi lebih 'best' dan indah?

Niatkan dalam hati dan minta pada Allah apa yang kita inginkan, dan jangan sekali-kali kita merasa dengki jika melihat orang lain dapat yang 'best' sedangkan kita tidak dapat. Bawalah anak-anak berjalan walaupun mereka masih kecil. Jangan risaukan mereka kerana kita kena yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk menjaga. Pernahkan kita dengar, orang yang terlalu mejaga keretanya sampaikan segaris calar pun tak boleh, akhirnya keretanya accident.... Maka, percaya dan letakkan sepenuhnya pada Allah, positifkan diri dan lakukan sahaja kerana dengan melihat dunia, kita akan banyak belajar dan kita akan banyak menerima dan lebih penting bersyukur kepadaNya. Dan di saat kita bersyukur itulah Allah akan tambahkan lagi nikmat. Jika kita fikir negatif, perkara negatif yang akan menarik kepada kita. Ubah fikiran kita dan lakukan yang positif. Dan jika kewangan menjadi penyebabnya, percayalah bahawa rezeki kita akan ada dan muncul tanpa kita sangka-sangka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkahwin dan mempunyai anak. Jika mereka memikirkan soal susu dan pampers anak serta duit sewa rumah dan sebagainya sebagai satu beban yang perlu ditanggung setiap bulan, dan itulah alasan untuk tidak boleh berjalan...percayalah, kita tidak akan merasa cukup dan akan selalu merungut..Ubah pemikiran dan yakin bahawa dengan duit yang kita ada, Allah akan cukupkan malah Allah akan lebihkan tanpa kita sendiri sedar. Kerana rezeki Allah itu bukan dari nilai wang, tetapi terlalu banyak dari pelbagai keadaan.

Saya bandingkan dengan keadaan mak ayah saya yang mana hidup mereka biasa-biasa sahaja. Di awal usia pencen mereka, barulah mereka yakin untuk berjalan ke luar negara melihat tempat orang. Ketika mereka masih muda dan bekerja, keyakinan mereka dibataskan dengan alasan duit tidak cukup nak bawa anak berjalan dan anak-anak takde siapa jaga nanti. Dan itulah yang mereka dapat kerana itu yang mereka fikirkan dan bisikkan dalam hati. Tapi, saya melihat perkara ini sebagai satu yang positif dan saya bersyukur, disebabkan mak ayah saya tidak mengajar anak-anaknya hidup bermewah ini, telah mengajar saya untuk menghargai setiap apa yang saya ada, berusaha dan tanamkan dalam hati bahawa saya akan dapat apa yang saya inginkan dengan syarat, percaya dengan rezeki Allah.

Saya juga punya kawan yang hanya ayahnya sahaja yang bekerja (bisnes) dan ayahnya mempunyai anak yang ramai. Tapi, si ayah mampu untuk membawa anak-anak mereka berjalan ke luar negara. Saya belajar dari mereka bahawa, yakin dengan rezei Allah, percaya saya akan dapat jika bukan sekarang mungkin suatu hari nanti. Dan rezeki yang saya maksudkan bukan hanya pada rezeki dapat berjalan, tapi kesemuanya. Mintalah pada Allah akan kita diberikan rezeki dalam perkahwinan kita, pada kerjaya kita, pada anak kita, pada setiap sen yang kita ada, pada setiap sen yang kita beri dan paling penting, rezeki di dunia dan akhirat iaitu syurga. 

Dan ingat, apa yang kita fikirkan dan kita bisikkan dalam hati, itulah yang akan kita dapat kerana ia menjadi magnet pada kehidupan kita. Percayalah, daya penarikkan ini amat penting, kerana jika kita memikirkan hidup kita tidak best, memang pastilah kita merasa hidup kita tidak best. Maka, tukarkan fikiran dan bisikkan hati kita, yakin pada ketentuannya dan redha atas takdirNya...Insha Allah, akan datang perkara yang baik-baik pada kita.

Jadi, jika anda jeles dan jaki sebab saya asyik berjalan je...bisikkan dalam hati anda, buang yang negatif dan fikirkan yang best-best...Insha Allah, kita akan merasa bahagia dengan izinNya...amminnn.....







No comments:

Post a Comment