2 Mac 2010
Hari ini birthday daddy yang ke-69. Aku bangun dalam jam 10.30 pagi dan
pergi ke bilik daddy untuk bertanyakan daddy dah makan ke belum. Aku masuk ke
bilik, nampak dia sibuk dengan kain pelikatnya sambil terbaring atas katil hospital
HOSPIS.
“Daddy makan dah?”
“Belum”, jawabnya.“Nak makan?”, tanyaku.
“Nak” , jawab daddy sambil mengangguk.
Sedih aku dengar sebab lemah jer suaranya di telingaku. Daddy berusaha
untuk bangun, aku tolong supaya mudah untuk dia. Tak lama kemudian, mummy
keluar dari toilet.
“Hah, daddy belum makan lagi. Tadi tanya nak makan ke dia kata,
nanti”, kata mummy.
Aku lantas mengambil bubur kosong yang bibik bawa ke atas tiap-tiap pagi. Aku tambahkan sedikit kicap dan lauk ikan. Aku hulurkan pada daddy.
Menggigil-gigil tangan daddy menerima mangkuk bubur dariku. Lantas aku capai
kembali dan ku suakan sudu bubur ke mulutnya. Dengan perlahan dan
menggigil-gigil daddy buka mulut dan makan bubur yang kusuapkan.
“Sakit mulut”, kata daddy.
“Mulut daddy kering. Daddy kena banyak minum, basahkan dalam
mulut tuh dan bibir”, kataku padanya.
“Tekak pun sakit”, katanya dengan suara yang
perlahan.
Aku lihat ke matanya yang sejak akhir-akhir ini kelihatan pudar dan
kurang bercahaya. Matanya dulu berwarna hitam kini dah bertukar kelabu. Aku
tidak mahu memikirkan perkara yang belum boleh kuterima lagi buat masa ini.
“Daddy makanlah mana yang daddy boleh. Tapi makan banyak sikit ek”.
Kataku sambil kusuakan lagi bubur ke mulutnya. Selepas habis 5 sudu bubur,
aku hulurkan mug susu Prosure padanya. Susu Prosure khas untuk mereka yang
menghidap kanser. Susu ini untuk memberi 'energy' kerana mereka ini selalunya
sudah hilang selera untuk makan dan juga untuk 'develop muscle-muscle' pada
badan mereka.
“Daddy makan ubat jugak. Pagi belum makankan?” tanyaku
“Eh, dah makan dah..”
“Bila makannya? Nih pun daddy baru minum pagi..”
“Mana ada makan ubat lagi. Tak makan lagi tuh”, mummy
tiba-tiba menyampuk sambil buka pintu balkoni untuk menyidai baju.
Aku lihat daddy membuat
reaksi muka tak senang dengan jawapan mummy. Mungkin kerana dia dah jemu untuk
menelan ubat-ubat yang sangat banyak itu.
“Nah ubat daddy”, beritahuku sambil kuhulurkan ubat-ubatnya.
“Banyaknyaaaaa......”, kata daddy sambil mengeluh
seketika.
“Yang nih tak payah makan. Ambil balik!”, keluar sudah
arahan dia.
Ubat yang disuruh ambil balik adalah ubat oxcycontine, salah satu jenis drug
yang selalunya diberikan doktor pada pesakit cancer untuk mengurangkan
kesakitan yang mereka alami. Dalam erti kata lain, ubat itu penting untuk daddy
ambil bagi mengurangkan kesakitan daddy dan membolehkan daddy berselera untuk
makan lebih bagi memberi tenaga dalam badannya.
“Yang
nih daddy kena makanlah dy. Mane ada ubat daddy yang tak payah makan pulak.
Kalau tak, doktor tak kasi ubat-ubat nih”, jawabku dengan harapan
daddy mendengar.
Daddy
melihat ke arahku dan tiba-tiba aku merasa sedikit kecut jika daddy marah
dirinya dipaksa makan ubat.
“Daddy
makanlah. Makan sikit-sikit tapi kena makan. Nanti yang sakit daddy, bukannya
saya”, pujukku berharap dia boleh lagi menerima kata-kataku.
Daddy tunduk
melihat ke tanganku dan cuba mencapai separuh ubat-ubat yang ada ditanganku
dengan menggigil-menggigal. Aku pegang tangan daddy dan kuletakkan hati-hati ke
tangannya. Lantas daddy campakkan ubat-ubat itu ke dalam mulut dan diminum air
susunya tadi. Aku ulangi lagi untuk separuh lagi baki ubat-ubat yang ada pada
tanganku dan daddy campak ke dalam mulut dan minum susunya. Lega hatiku sebab
daddy ingin menerima kata-kataku tadi. Dia hulur kembali mug susunya kepadaku
dan berehat seketika. Keadaannya seperti makan dan minum itu pun sudah penat
baginya.
“Daddy nak apa-apa lagi?, tanyaku
“Kau ikatkan kain nih. Pampers nih bukak. Aku tak mahu!”, arahnya
padaku
“Pampers
nih daddy pakailah. Kang daddy tetiba nak kencing ke, mane larat daddy nak
bangun. Daddy pakailah ek”, jawabku sambil mengikat tali kain
buatannya pada kain pelikatnya.
“Daddy
baringlah. Nak saya urut?” tanyaku supaya daddy tidak memaksaku lagi
untuk membuka pampersnya
“Hah!
Nak!”.
Daddy membaringkan
badannya perlahan-lahan. Kesian aku melihat kesukaran dia untuk mengiringkan
badannya supaya aku boleh mengurut punggungnya. Aku tahan air mataku supaya
daddy tak nampak aku sedih melihatnya.
“Daddy...Happy Birthday”, kataku setelah tanganku
menyentuh belakangnya.
“Birthday...?” ayat tanyanya terhenti seolah-olah daddy
berfikir.
“Brapa haribulan arini?”, tanyanya.
“Hari ini 2 Mac dy, birthday daddy. Selamat harijadi”, kataku
dengan lebih terang agar dia jelas mendengar.
“2 Mac?. Arini dah 2 Mac?...hari apa ari nih?.
“Arini hari Selasa, 2 Mac, birthday daddy” jawabku
lagi.
Aku
lihat daddy diam seperti berfikir. Aku biarkan dia sambil mengurut-urut
belakang badannya.
“Makan
dah daddy ubat?”, tanya mummy tiba-tiba menyoal setelah selesai dia
menyidai baju.
“Dah, makan dah”, jawabku.
“Tadi mummy suruh daddy makan, dia marahnya. Dia kata nanti dia
makan. Tak makanlah dia. Dengan ubat-ubat tak makan”, terang mummy
sambil daddy mendengar juga.
Aku menggeleng-geleng kepala mamberi isyarat supaya mummy tidak bercerita
lanjut. Bukan aku tak tau perangai daddy. Dengan mummy nih ada jer salahnya.
Mummy bercakap sepatah, sudah disuruh diam. Dah memang perangai mummy suka
bercakap berkali-kali. Kalau daddy tak makan, habis keluar syarahan mummy pada
daddy. Nak buat macamana, dah namanya cikgu pencen...
“Dah-dah,
daddy makan dah. Ubat pun dah. Mummy jangan paksa-paksa dah. Kang ada yang kena
marah...hehehehe...” balasku agar mummy faham pada keadaan sekarang.
“Elly
malam nih ada kelas?” tiba-tiba mummy bertanya, sambil menjeling faham
akan maksudku.
“Ada, petang nih sampai malam”, mummy mengangguk-angguk
dan dia lantas pula turun ke tingkat bawah.
Aku meyambung urut di badan daddy sambil melihat daddy termenung memikirkan
sesuatu. Aku mendongak ke arah jam, sudah hampir jam 11.30 pagi. Aku sendiri belum
mandi.
“Ok
dah? Nak urut lagi?” tanyaku
“Ok
dah. Kau tolong pusingkan aku nih. Bontot aku sakit”, pinta daddy. Aku
pusingkan perlahan-lahan daddy agar sakit di tulang pungungnya tidak terasa
sangat.
“Ok dy?”. Daddy mengangguk-angguk.
“Ok..ok,
terima kasih”, Setelah selesai aku menguruskan daddy, aku minta untuk
ke bilik dan mandi.
“Ok dy, selamat harijadi ek”, kataku lagi sambil
pandang ke mukanya.
Terus
terasa lidahku kelu untuk mengucapkan ucapan yang lebih panjang. Kelu melihat,
lemah mata ayahku saat ini.
“Ok, terima kasih, terima kasih”, jawab daddy sambil
mengangguk-angguk lagi kepalanya.
Aku
masuk ke bilik dan terus mengirim “message” ke Naeemah menyatakan hari ini
harijadi daddy aka bapa angkatnya. Naeemah di dalam familiku telah mendapat
tittle 'anak angkat' tidak sah dari jabatan pendaftaran kerana kehadirannya
dalam rumah ini seperti sebahagian dari ahli keluargaku. Setelah selesai
mengirim pesanan berserta nombor handphone daddy, aku lantas capai tuala dan
mandi. Sesudah mandi, aku langsaikan hutang yang aku tinggalkan subuh tadi dan
juga sembahyang dhuha. Semoga rezeki dan rahmat Allah sentiasa diturunkan
padaku dan keluargaku tanpa putus-putus.
Selesai aku mengantung telekung, telefonku berbunyi. Tertera nama Naeemah
di telefonku.
“Assalamualaikum.
Hah nape?”, tak menyempat-yempat Naeemah nak berkata apa-apa, telah
kuajukan soalan padanya
“Waalaikumsalam.
Elly!! Nekma dah taip message panjang-panjang kat Elly suruh wish kat daddy
happy birthday, tapi Nekma tersend kat daddy plak. Alamak macamane ni? Kang
daddy tak paham pulak”
“Hah
oklah send terus kat daddy. Memang birthday dia pun”, balasku sambil
tangan pantas memulas tombol pintu dan menuju ke bilik daddy.
“La...Nekma
taip dah jadi lainlah. Nekma taip suruh Elly sampaikan”, balasnya.
Ketika itu aku telah capai handphone daddy sambil mencari-cari pesanan yang
dihantar oleh Naeemah.
“Tak de pun message Nekma. Elly check ni takde pun”
“Eh! Yeke? Nekma send ke nombor daddylah tadi”
“Nih daddy ada kat depan nih”
“Nekma
send dah. Hah, bagilah nekma cakap sendiri kat daddy”, pinta Naeemah
akhirnya dan aku hulurkan handphoneku ke daddy.
“Nekma tepon”, kataku pada daddy. Daddy sambut
handphoneku.
“Hello” (Assalamualaikum Uncle)
“Waalaikumsalam” (Uncle apa Khabar?)
“Ye...macam nihlah....”(Selamat Harijadi ye Uncle)
“Oh! terima kasih, terima kasih...”(Yang keberapa nih
Uncle?hehehe..)
“Yang
keberapa?....yang ke-25...hehehe...” (yang ke-25, wah kalah saya mcm
nih..hahaha.. tuh uncle kat rumahlah?)
"Ha'ah..”.(oklah,
uncle jaga diri baik2. Saya doakan Allah kurangkan kesakitan uncle,
uncle boleh makan banyak sikit, boleh jalan-jalan)
“Baik...terima
kasih” (So, Selamat Harijadi ye Uncle. Moga cepat sihat dan
dipanjangkan usia)
“Yelah,
terima kasih. Tuh sihat ker? Ada kat mana?” (Saya sihat jer. Ada kat
Jempol nih)
“Ok,
keje betul-betul” (Ok uncle, Selamat Harijadi. Assalamualaikum)
“Ok
baik, terima kasih, waalaikumsalam”.
Aku hanya mendengar sahaja jawapan daddy. Daddy hulurkan handphoneku kembali.
“Naeemah telefon..”, kata daddy sambil kulihat
matanya sedikit gembira
“Iye? Dia nak apa?”
“Dia cakap Selamat Harijadi”, balas daddy.
“O..lagi dia cakap apa?”, tanyaku sekadar ingin tahu
“Dia tanya yang keberapa? Aku jawab ke-25..hehehehe...”
“Oh yeke...”balasku sambil tersenyum. “Daddy nak apa-apa
ker?”
“Tak...takde. Kau urutkan sikit kaki nih”, aku terus ke
kakinya mengurut kaki daddy.
Keadaan ketika urut itu yang aku lihat, daddy rasa di dalam keadaan aman.
Selalunya bila aku urut kakinya, dia akan pejamkan mata untuk tidur. Sesaat aku
mengangkat tanganku dari kakinya, matanya bergerak-gerak untuk buka. Aku
teruskan urut agar dia dapat pejam mata dan berehat lebih lama.
Petang tuh, aku bersiap lambat untuk ke kelas. Kelam-kabut aku mandi dan
bersiap di dalam keadaan jam sudah hampir pukul 5 petang. Kelas masterku pula
bermula jam 5.30 petang. Ada kerja yang perlu ku selesaikan terlebih dahulu
tadi. Selesai kerjaku di laptop, hantar untuk print di printer dan terus
kucapai tuala dan menuju ke bilik air.
Selesai mandi dan memakai baju, aku sempurnakan solat asar dan sesudah
itu aku kumpulkan kertas-kertas kerja yang berteraburan. Buku-buku untuk ke
kelas aku sumbatkan ke dalam beg. Cepat-cepat aku capai tudung yang dah
bergosok dan berpin dan ku sarung ke kepala. Aku kutip kerja-kerja yang telah
disusun dan kuletakkan di atas laptop dan beg lantas terus ke pintu untuk
keluar. Seketika aku singgah ke bilik daddy untuk melihat keadaannya.
“Mummy saya pergi kelas..” suaraku memberitahu
“Ok, balik malam kan?” tanya mummy dan aku mengangguk.
“Dy saya gi kelas”, Aku lihat daddy hanya mengangguk.
“Baik-baik bawak kereta”, pesannya seperti biasa.
Petang itu aku keluar rumah dan terlupa bahawa janjiku untuk
membeli kek harijadi daddy kerana leka membuat kerja-kerja 'lagha' ku. Aku
katakan dalam hati, esok mesti aku beli untuk daddy agar tidak aku terkilan
nanti.
----Nantikan
sambungan seterusnya...(idea kurang mencurah sekarang ini...)
Join blog saya
dan comment untuk sebarang cadangan
yg baik dan membangunkan yang boleh saya perbaiki nanti.... Insha Allah....
Good. Kalau boleh selitkan juga reaksi dan pandangan atau bua lbicara antara mummy dan juga adik-beradik hang.Hang juga boleh selitkan perasaan apa yang hang rasa masa tu. Cuba ingat balik rasa perit, sakit, sedih, dan huraikan melalui ayat. Contohnya..(pedih rasa hati bagai dihiris-hiris. rasa sebak yang memenuhi ruang dada, ingin diluahkan tapi tak berdaya). Hanya orang yang benar-benar menhadapi situasi tu jer yang mampu elaborate rasa tu. Aku tolong advise berdasarkan bahan bacaan sebelumnya. Aku nak tunggu entri seterusnya..
ReplyDeleteThank you nora...akan diusahakan utk perbaiki...dalam keadaan yg ini x banyak perbincangan dilakukan atas sebab2 tertentu... Xpe..akan aku cuba baiki lg...tq nora...:)
Delete