Wednesday, April 9, 2014

Dugaan dan Ujian ini untuk apa?...

Assalamualaikum semua….Seperti biasa memang sudah agak lama blog ini tak digunakan…

Alhamdulillah…dalam beberapa bulan dan juga hari kebelakangan ini, banyak benda yang terjadi pada diri saya, ujian dan kejayaan, kegembiraan dan kesedihan. Agak bercampur-aduk juga perasaan saya ketika ini. Insha Allah dengan izinNya, hati dan jiwa akan menjadi lapang dengan seluasnya. Doakanlah untuk saya.

Ok, untuk kisah pada kali ini, ada satu cerita yang agak penting ingin saya kongsikan pada anda. Dan harapnya kisah ini dapat memberi kesan pada hati dan jiwa saya serta serba sedikit memberi saya satu dimensi yang berbeza tentang kehidupan, dan juga kepada anda semua. Walaupun tidak sepenuhnya melapangkan jiwa saya, tapi saya yakin, Allah menegur hambaNya melalui hambaNya…dan insha Allah, saya akan kongsikan berkenaan kisah Kak Emy yang saya temui secara tidak sengaja malah saya tidak kenal pun ketika berjalan-jalan di sebuah tasik yang mana tasik ini berada di sebuah kawasan perumahan elit yang tersusun dan terjaga. Cuma tasik dan kawasan perumahan ini dipisahkan dengan laluan kereta dan perjalan kaki dan ini kali pertama saya menjejakkan kaki di tasik ini...(lokasi dirahsiakan… :P)

Kak Emy yang saya baru kenali ni saya jumpa ketika dia sedang duduk berhadapan tasik dan saya rasakan amat jauh sangat termenungnya. Secara jujur, saya bukanlah seorang yang ramah-tamah untuk menegur, tapi disebabkan saya rasa tempat Kak Emy duduk tu macam best je sebab berhadapan dengan tasik dengan view yang cantik.

Alhamdulillah, senyuman bertukar senyuman serta salaman dan Kak Emylah namanya. Benda yang pertama saya tanyakan, 

“Jauh semacam je akak termenung?...”. Dan jawapan saya dibalas dengan senyuman yang agak lama juga.

Seketika dia berkata 

“Alhamdulillah dik, akak termenung sambil bersyukur…” (dan dia senyum lagi). Dan secara automatik banyak soalan dalam kepala saya ketika itu. 

“Alhamdulillah, baguslah kalau begitu kak…” 

kata saya dan saya lihat secara sekilas matanya dan saya rasakan kata-katanya jujur, tiada tipu dan tiada duka. Dan kemudian sedikit perbualan biasa-biasa berlaku. Sejujurnya, memang hati saya sangat-sangat hendak tahu kenapa Kak Emy yang saya baru kenal ini, amat tenang dalam percakapannya  dan saya rasakan kata-kata dia ‘penuh dengan syukur’ (walaupun tidak pulak dia sebut syukur tu sangat tapi saya seolah rasa syukurnya itu melalui bicara tutur kata dan tingkah-lakunya yang mendamaikan hati saya…ermm…payah jugak nak explainkan…huhuhu…)dan kelihatan penuh dengan rendah diri (almaklumlah hati saya pun ketika tuh tengah kacau-bilaukan…huhuhuu…)

Kak emy tinggal berhadapan dengan tasik ini di sebuah rumah semi-D dua tingkat yang mana kawasan tanah untuk rumah semi-D di kawasan ini agak luas dan elit tetapi masih kelihatan bersederhana dari sudut rekabentuk rumah yang moden(yang kalau ikutkan hati memang rumah idaman saya ni…insha Allahhhhh….). Berhampiran rumah kak emy juga berdekatan dengan kawasan padang permainan yang memudahkan penduduk di kawasan ini untuk beriadah dan membawa anak-anak untuk bermain di waktu petang serta masjid. Kak Emy ketika itu sedang membawa anak-anaknya keluar bermain petang di padang permainan yang berdekatan. Tetapi katanya, dia mengambil peluang untuk duduk sekejap di hadapan tasik ini sebab dah lama tiada  masa untuk duduk-duduk saja macam ni. Anak-anaknya yang masih kecil, yang sulung lelaki hampir masuk dua tahun dan yang kedua perempuan yang baru berusia 9 bulan dijaga oleh pembantu kak Emy.

Melihatkan pada cara kak Emy, saya yakin hidupnya agak senang dan cukup bersederhana. Dan kak Emy merupakan seorang pensyarah kedoktoran setelah saya tanya adakah dia bekerja. Dan di samping dia menjadi pensyarah, kak Emy juga mengendalikan sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan untuk iklan-iklan dan buku-buku. Agak kagum juga saya dengan kejayaan kak Emy ini. Tidak mudah saya rasakan untuk seorang wanita seperti kak Emy yang mempunyai anak-anak masih kecil dan mempunyai tanggungjawab tetap sebagai pensyarah dan memiliki bisnes yang perlu juga diambilkira dan juga seorang isteri dan ibu pada anak-anaknya.
Melalui cerita kak Emy juga dia memberitahu, kerjaya dan rumahtangganya juga adalah tolak-ansur dari suaminya juga yang sama-sama turut memahami kerja masing-masing. Cuma perlu ada pemahaman dan kata sepakat dalam mengendalikan dan membesarkan anak-anak dan rumahtangga. Suami kak Emy juga terlibat dalam syarikat pengiklanan  dan penerbitan tersebut tetapi suaminya juga perlu memberi perhatian kepada bisnes keluarganya.

“Bendanya tidak mudah, dengan perlu beri perhatian pada suami dan anak-anak masih kecil lagi tapi Alhamdulillah semua yang kita lakukan adalah kerana minat dan mempunyai tujuan. Kak Emy sendiri kahwin lewat. Jadi permulaan untuk membina keluarga ni pun lewat. Tapi Alhamdulillah, bila dah bertemu jodoh tu, kak Emy dan suami dah fikir dari awal untuk rancang masa depan. Kerana kami tahu, kehidupan kami bermula lambat dan kami tidak boleh untuk berlengah-lengah dan perlu cepat bangun dan bangkit. Dan usaha itu perlu dilakukan bersama. Jika berseorangan mungkin susah, tapi baiknya berdua. Bersama-sama memahami dan bertolak ansur. Memang susah sebab banyak ujian, tetapi kalau tidak cuba dan laluinya mana kita tahu kita boleh lakukan atau tidak. Dan semuanya adalah dengan izinNya. Perkara asas dan penting adalah minta pada Allah untuk segala apa yang kita lakukan ini dapat memberi kebaikkan dan manfaat pada orang lain. Dan minta pada Allah agar segala apa yang kita lakukan dipermudahkan dan membawa kebaikkan pada diri kita juga. Elly masih muda, punya banyak peluang untuk lebih berjaya”. (bila saya tanya umurnya, beza saya dan dia hanyalah 3 tahun sahaja…huhuhu….dan saya belum juga berkahwin…..huhuhu…..macamane nak berjaya macam kak Emy niiii….uhuhu…)

Kak Emy secara sukarela berkongsi kisah hidupnya. Kata Kak Emy,

“Hidup ini memang banyak dugaan dan ujian, Elly. Sehingga kita jarang bersyukur. Kak Emy pernah menjadi seorang yang kurang bersyukur. Dan akak sedar benda itu, cuma perasaan tidak puas hati dan sangka buruk banyak dalam hati. Elly perlu tahu, hidup nih Allah nak ajar kita melalui ujian. Bila kita ditimpa masalah dan ujian, lihat balik pada apa yang pernah kita buat dan pernah kita minta pada Allah. Kerana tidak semua ujian itu adalah balasan Allah pada tindakan kita dahulu tetapi juga ujian untuk Allah memakbulkan doa-doa kita. Cuma kita perlu banyak menilai, melihat, mengenali pentunjuk-petunjuk sekeliling dan muhasabah diri”

“Kak Emy ingat pada satu perkara yang terjadi pada akak. Masa tu akak memang dalam masalah dan akak tak banyak kongsikan masalah-masalah akak pada orang terutama pada mak akak ataupun adik-beradik. Banyak akak minta doa pada Allah mohon Allah lapangkan dada kak Emy dan tunjuk jalan keluar pada masalah akak ini. Tapi, semakin hari tidak berkurangan resah dalam hati akak ni. Dan ada satu hari, mak akak hadiahkan seutas jam yang memang akak pernah inginkan. Dan jam itu sebenarnya mak akak tahu dari kawan akak. Akak memang tidaklah hendak sangat jam tu tapi cuma harap-harap baguslah kalau dapat jam baru. Masa kak Emy dapat jam tu, akak rasa marah. Marah sebab akak tak mahu mak akak susah-susahkan benda ini. Dan pada kak Emy, dalam keadaan usia mak akak yang agak berusia, lebih penting pada akak adalah doa dan redha mak pada akak. Duit dan harta itu nombor dua. Kerana jika nyawa mak akak diambil olehNya, tiada lagi doa dan redha mak pada akak. Akak agak rasa terkilan sedikit pada saat itu. Syukur akak pada itu tiada melainkan rasa marah (tetiba saya rasa macam mengena pulak dengan hidup saya…errmmm…)”

“Makin bertambah-tambahlah rasa resah dan gelisah dalam hati akak ini. Tapi, untuk sekejap lepas itu akak muhasabah diri balik. Akak tanya pada diri, “tidak bersykurkah aku ini? Pemberian mak yang hendakkan anaknya gembira tapi aku balas balik dengan hati yang marah. Walaupun tak adalah akak marah mak akak tu. Cuma perasaan dalam hati yang penuh amarah. Banyakkali akak ishtiqfar… bendanya tak mudah Elly, tapi hati ini kita kena didik sendirikan. Dan kak Emy cuba dan terus cuba untuk bersyukur. Dan lepas dari perkara itu, kak Emy cuba sedaya yang mampu untuk terima pemberian orang pada akak walaupun hanya sekecil sahaja dengan syarat akak kena lihat pada niatnya terlebih dahulu. Jika akak mampu untuk tahu niatnya lah.

“Dari situ kak Emy belajar, jangan menolak pemberian orang dan jangan menolak peluang. Dan akak selalu ingatkan diri akak, untuk menjadi manusia lebih bersyukur, kita bukan hanya menerima dengan gembira tapi kita kena lebih banyak memberi dengan gembira. Memberi tidak semestinya dengan harta, wang dan benda tapi dengan senyuman dan keikhlasan pada hati. Buat bukan ingin minta dipuji atau untuk dikenang, tapi kerana kita memang ingin memberi. Insha Allah, hati akan sentiasa tenang, kerana mungkin pemberian kita yang kecil mampu menggembirakan hati mereka yang menerima. Begitu juga bila kita menerima dengan gembira, akan menggembirakan hati yang memberi. Dan Alhamdulillah dik, bila kita diuji pun kita mampu untuk bersyukur. Bendanya tidak mudah dan akak sendiri masih lagi belajar untuk memberi, menerima dan bersyukur”.

Itu antara kata-kata yang masih saya ingat. Di saat sebenarnya ketika itu juga saya pun memerlukan ketenangan (tuh yang pergi sampai ke tasik tu…). Alhamdulillah, hikmah Allah mengajar hambaNya melalui hambaNya. Dan saya juga teringat pada kata-kata seorang guru saya.

“Bagaimana kita HENDAK menerima rezeki yang besar dan banyak jika kita tidak mampu untuk menerima dan bersyukur dengan rezeki yang kecil dan sedikit…..”

“Jika kita melihat masalah ini sebagai masalah, maka kita akan terus dihimpit masalah dan akan menarik masalah-masalah yang lain. Tetapi jika kita melihat masalah itu adalah peluang, kita akan dapat mengubah masalah itu menjadi perkara yang lebih baik dan menarik lebih banyak peluang dan perkara yang baik-baik”

Sesungguhnya, untuk kita menjadi matang dan lebih berjaya, pengalaman manusia lain itu juga panduan untuk kita. Di saat sebenarnya saya meminta pada Allah untuk memberikan ketenangan, Allah menegur saya dengan berhikmah sekali. Jika kita tidak endahkan “teguran” Allah itu, merisaukan Allah akan menegur kita dengan ujian yang mungkin kita tidak mampu untuk tanggung.

Alhamdulillah, mudah-mudahan kisah kak Emy itu dapat saya jadikan pengajaran untuk belajar bersyukur. Dan memang benda ini tidak mudah. Keadaan sekeliling, kerja, rakan-rakan, peribadi dan macam-macam lagi banyak mempengaruhi. Dan tidak mudah untuk melafazkan syukur bila hati tidak mampu untuk menanggung ujian. Dan tidak mudah untuk hati redha jika diri-sendiri tidak mampu untuk  redha sepenuhnya.

Teringat saya pada kata-kata seorang ustaz,

“Hakikat rezeki itu bukan pada duit, gaji atau income sebenarnya. Tetapi ia merangkumi beberapa perkara.

Sihat itu rezeki,
Bahagia itu rezeki,
Banyak masa juga rezeki,
Disayangi juga rezeki,
Tidak putus duit itu rezeki,
Dapat (apa-apa) pun rezeki,

Erti rezeki itu adalah yang kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? Kerana di saat kita merasa NIKMAT itu, ramai orang di luar sana  yang tidak berpeluang merasainya. Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yang selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yang mengatakan CUKUP itu pula ialah iman. Maka, bersyukurlah”

Alhamdulillah, moga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat pada anda yang membacanya. Mudah-mudahan kita sama-sama berusaha untuk bersyukur selalu dan diberikan rezeki yang barakah serta dijauhkan dari segala musibah. Insha Allah, ujian dariNya untuk mengajar kita untuk masa depan. Kesulitan hari ini adalah untuk kita tempuh dengan mudah untuk ujian masa depan. Yakin dan redha dengan ketentuannya. Insha Allah, Dia akan sentiasa ada bersama....Aameen….

Thursday, October 24, 2013

Jodoh dengan Kematian

Assalamualaikum kembali...

Baru post saya yang sebentar tadi saya bicarakan sedikit berkenaan Jodoh. Ditakdirkan saya terbaca satu post di FB berkenaan Jodoh ini yang mana, ia amat bertepatan untuk saya huraikan tentang apa yang saya fikirkan tapi tidak tahu untuk terangkan pada mereka yang sangat 'perihatin' terhadap saya... (bukankah apa yang kita fikirkan itu doa? Allah makbulkan dengan memberikan saya kemudahan tanpa perlu saya berfikir, berpening untuk huraikan...Alhamdulillah...)

Buka hati, buka minda....anda mungkin tidak diduga oleh Allah sepertimana kami yang diduga. Percayalah, kesemua kami tidak mengharapkan pengertian tapi doakanlah yang baik-baik...bukankan itu lebih mulia... :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 JODOH 

Cerita ini mungkin dapat membantu awak memahami tentang jodoh dan doa. Doa sememangnya berkesan, cuma saat bila ianya akan dimakbulkan kita tak akan tahu. Yang pasti Allah akan makbulkan tepat pada saatnya. 

Jom layan cerita di bawah.

...

Dimana saya bercerita dengan IBU

"Ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu."

Ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan dan bertanya. "Kenapa?"

Lalu ibu kata, "Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan lah..Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia."

"Mungkin kalau dia kahwin, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?

"Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin."

Kata saya menyampuk..

"Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.."

"mungkin jodoh makcik dengan kematian"

Ibu sambung lagi..

"Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu."

"Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang."

Saya terdiam sambil komen dalam hati.

"Betullah. Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

...

Renung-renungkan. Jangan tak fikir langsung soal jodoh tapi, jangan fikir sampi "gila".


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Setiap kali solat, doakanlah agar mereka yang belum bertemu jodoh, mereka bertemu jodoh yang terbaik di dunia dan di akhirat. Ingat, setiap perkara yang baik kita doakan, Allah akan doakan dan makbulkan yang sama untuk kita. Mudah-mudahan anda yang dah bertemu jodoh, Allah akan jadikan pasangan anda lebih baik dan yang terbaik di dunia dan akhirat juga... :)




Magnet Pada Hati

Assalamualaikum semua....

Lama sangat-sangat saya tak update blog ini...Macam nak bersarang kembali je gayanya...kannn.....?
Maaf....kerana kelewatan dan ketiadaan berita. Banyak perkara dan urusan yang dilakukan sejak dua menjak ini di samping masih kurang bijak untuk update blog guna android phone...hahaha...masih buta IT lagi saya ni....

Tiada kata apa-apa untuk memberi sebab kecuali "alasan-alasan" yang akan berpanjangan nanti. Maka, saya mohon maaf atas kemalasan saya untuk update blog ini. Mesti anda tertanya-tanya tentang sambungan kisah novel saya. Harap bersabar ye...ia masih di dalam proses pembikinan.... Doakanlah saya.... :)

Tapi blog saya pada kali ini bukan nak berkisah tentang arwah ayah saya...(mungkin ada serba-sedikit) tapi saya nak bercerita tentang sesuatu yang unik dan halus dalam diri kita, yang menjadi penarik kepada sesuatu yang kita inginkan. 

Apa tu? Daya penarik ke? Nak mengorat ke? Ooooo tidak-tidak....bukan mengorat, tetapi Daya Penarikkan (The Power of Attraction) pada kehendak hati kita. Saya mula terfikir untuk berfikir tentang perkara ini agak lama juga. Tapi perlukan ruang dan masa serta momentum untuk duduk dan menulis (blogging kata orang sekarang)

Perkara ini menjadi semakin kuat untuk saya tuliskan bila saya mendapat reaksi yang pelbagai dari mereka yang tahu mengenai minat saya yang suka berjalan, dalam erti kata lain suka melancong 'backpack'. Reaksi yang perlbagai inilah yang menyebabkan saya berusaha untuk nukilkan di dalam blog ini.

Sejujurnya, jika ada di antara rakan-rakan kita yang setiap kali tanya pasal "dia" (yang suka berjalan ini)...pasti orang akan cakap "oh dia baru balik dari sini....balik dari situ..." dan ayat yang paling "best" untuk didengari adalah..."ooo memanglah dia anak orang kaya..." "oooo dia banyak duit..." "Dia kawin dengan orang kayaaaaaa.....", ....................................................................................................(bunyi cengkerik)

SubhanAllah....suatu ketika dahulu, saya amat benci dengan kata-kata ini kerana ia sungguh tidak mengambarkan diri dan keluarga saya yang mereka katakan sebagai "kaya"...Tapi kini, setiap apa perkataan dan perkara yang mereka kata dan luahkan kedengaran seperti "negatif", saya akan cuba ubahkan pemikiran saya dengan menyatakan "Pernyataan mereka itu adalah positif dan mungkin menjadi doa pada saya" (walaupun niat asal mereka untuk memperli dan sebagainya....dan adakalanya...saya terus menyebut "Aamiinnn dan Alhamdulillah...", di dalam hati saya berkata, mudah-mudahan kata-kata itu adalah doa).

Ingin saya kisahkan bagaimana perkara di atas ini saya kaitkan dengan Daya Penarikkan ini.

Sejujurnya, mak ayah saya memang sangatttttttt lah teramat kaya (aamiinnnn...). Arwah ayah saya seorang bekas pesara kerajaan yang bekerja di Amanah Raya dan mak saya merupakan seorang guru pencen sekolah rendah. Ayah saya hanya berkelulusan MCE iaitu kalau sekarang takat SPM je...dan kerja pertama dia adalah kerani bawahan di pejabat perundangan. Dan mak saya hanya berkelulusan maktab perguruan sahaja dan bekerja sehingga pencen di sekolah rendah sahaja. Hasil perkahwinan mereka, maka saya mempunyai seorang kakak dan 2 orang abang dan saya yang terakhir (anak manjalah tue...)..............(korang ada dengar bunyi bom tak?..cuba check mata tuh, kot dah hilang sebijik...)

Arwah ayah saya ada 11 orang adik beradik...3 yang sulong adalah adik-beradik kandungnya dan selebihnya adalah adik-adik tirinya. Walaupun berlainan ibu, adik-beradik arwah ayah saya sangat rapat hubungan mereka malah adik-beradik kandung ayah saya dijaga dan dibesarkan oleh mak tirinya iaitu arwah Atok saya. (orang Johor panggil nenek dengan panggilan Atok. Kalau ada atok laki, bezakan dengan nama seperti Atok Lib (lelaki) dan Atok Munah (perempuan)). Dan sejak saya lahir hanya 2 orang Atok sahaja yang saya kenal iaitu Atok belah mak (arwah Atok Munah) dan Atok arwah ayah saya (arwah Atok Wok). Dan arwah ayah saya anak yang ke-2 dari sebelas adik-beradiknya.

Mak saya pula mempunyai 9 adik-beradik di mana 8 antaranya adalah adik-beradik kandung dan seorang adalah abang tiri yang berlainan mak. Mak saya adalah yang ke-3 dari 8 adik-beradik kandungnya. Besarkan keluarga mak ayah saya nih...Cuma yang uniknya, saya hanya mampu kenal 2 orang Atok sepanjang hidup saya di samping kekadang berjumpa dengan adik-beradik atok-atok saya yang lain. Tapi, kami tidaklah terlalu rapat dengan atok-atok saudara ini. Maka kini, anak-anak buah saya sampai pening-pening kepala sebab mereka terpaksa kenal dan ingat terlaluuuuu banyak Atoks....(hahaha..nasiblah....kira bersyukurlah tu....)

Jadi, arwah ayah saya pernah satu ketika mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara (selepas MCE) tetapi atas sebab adik-adiknya yang masih ramai dan bersekolah serta arwah Atok Omar saya hanyalah seorang ustaz kampung dan arwah Atok Wok saya seorang suri-rumah, maka tidak tercapai cita-citanya.

Maka bekerjalah arwah ayah saya sehinggalah dia pencen sebagai seorang Penolong Pemegang Amanah Raya yang mana gaji pencen dia yang pernah saya lihat adalah dalam sekitar RM 2600 (gaji pencen ye...) dan mak saya pencen sebagai pemangku guru besar sekolah rendah. 

Pada usia saya 6 Tahun, kami sekeluarga berpindah dari Bukit Baru Melaka ke Kuala Lumpur kerana arwah ayah saya ditukarkan tempat kerja. Duduk di rumah kuarters kerajaan berhampiran Dewan Bahasa dan Pustaka (zaman kecil saya membesar sangat indah di sini) menggambarkan keadaan ekonomi hidup di Kuala Lumpur sangat berbeza. Dan permulaan kepada minat suka berjalan ini saya sedar pada ketika ini di mana, hari pertama saya memasuki sekolah rendah agama (belah petang), saya secara tak sedar memberikan direction untuk ke sekolah saya iaitu di Masjid Negara (masa tu umur 6 tahun ye...) dan benda ini secara tiba-tiba menarik perhatian saya....("eh aku boleh hafal jalan ke....?") dan saya lakukan banyak kali menghafal jalan sehingga saya yakin yang saya mudah untuk mengingati jalan-jalan kat KL (ketika itu...)

Selain dari itu juga, bos arwah saya kebanyakkan mereka suka buat office trip atau lebih tepat "meeting trip" ke mana-mana di Semenanjung Malaysia ketika cuti sekolah. Jadi, ini juga yang menyebabkan saya suka berjalan dan keadaan ini juga walaupun masih sekolah rendah, saya dah mula memikirkan agar peluang berjalan saya ini saya tidak mahu hanya sia-sia. Jadi, kalau mak saya heret saya ke sana sini ketika arwah ayah saya meeting, saya akan layankan aja sebab saya dah tahu yang saya memang suka berjalan (dan jarang juga saya hendak tidur dalam kereta sebab saya suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan). Makanya, ketika sekolah rendah, ke P.D, ke Terengganu, ke Kelantan, ke Johor, ke Penang dan lain-lainnya saya pergi kalau pejabat arwah ayah saya buat meeting di luar K.L (meeting berserta office family day).

Selain dari itu, tidak pernah terfikir dalam fikiran saya bahawa arwah ayah saya mampu untuk membawa anak-anak dia makan angin ke luar negara. Saya memahami perkara itu sebab arwah ayah saya bukan kaya seperti sesetengah dari kita tapi keluarga saya masih dikategorikan keluarga sederhana senang.

Saya ingat lagi, niat pertama yang saya tanamkan dalam hati ialah apabila abang saya (yang 1st) dapat menyambungkan studynya ke United Kingdom. Saya banyak berangan-angan nak belajar ke oversea (belum rezeki sehingga sekarang), saya tetapkan juga niat, jika bukan belajar harap-harapnya ada rezeki untuk berjalan satu dunia..!(amiinnnn)...Pernah satu ketika, abang saya gagal dalam examnya di sana, menyebabkan mak ayah saya terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membayar exam yang gagal itu agar abang saya dapat menyambungkan studynya di sana. Dan perkara yang membuatkan saya pendam niat saya untuk sambung pelajaraan saya ke luar negara adalah kerana duit yang digunakan untuk membayar itu adalah hasil dari jualan tanah arwah ayah saya di kampung, yang mana duit itu arwah ayah saya teringin nak membeli kereta Mercedes  tetapi tidak tercapai hajatnya hingga bila-bila. Perkara inilah yang menyebabkan saya berdoa dan mengimpikan saya dapat berjalan melihat negara orang tanpa menyusahkan mak dan ayah saya. 

Sepanjang yang saya ingat, mak ayah saya tidak pernah bercuti bersama ke luar negara apatah lagi untuk membawa kami bercuti ke luar negara. Saya telan jerlah air liur bila ada antara sepupu-sepupu saya yang bercerita mereka pergi ke Chinalah, Londonlah, Australialah dan lain-lain tempat. Saya hanya mampu berdoa "Satu hari nanti aku akan dapat pergi berjalan ke seluruh dunia!!".

Pada saya berusia 14 tahun, pertama kali dalam hidup saya dapat menaiki kapal terbang. Peluang ini saya dapat kerana kakak saya dapat posting guru di Kota Kinabalu. Maka, pergi saya ke Sabah bersama mak ayah saya bersama arwah Atok Wok dan abang saya (yang 2nd). Dan ketika itu, untuk memasuki Sabah perlu membawa passport. Maka, peluang ini juga kami ambil pergi ke Labuan dan, dari Labuan dengan menaiki bot ferry kami ke Brunei. Ke Brunei itu tiada dalam perancangan dan mak ayah saya dan mereka berani membuat keputusan drastik itu kerana kami mempunyai keluarga yang menetap dan dari Brunei. Alhamdulillah...itulah kali pertama saya melangkahkan kaki saya dan permulaan langkah saya berjalan ke luar negara.

Peluang kedua saya adalah ketika saya berusia 16 tahun. Peluang ini adalah bila mak ayah saya merancang bersama kakak mak saya untuk melawat anak mereka (abang dan sepupu saya) yang belajar di United Kingdom (dengan menggunakan sedikit baki jualan tanah yang ada). Alhamdulillah, peluang itu bukan membawa saya menjejakkan kaki ke London (impian saya ketika hanya 'telan air liur' akhirnya Allah makbulkan), malah membawa saya menjejakkan kaki ke Switzerland, Paris dan Amsterdam (orang-orang dulu suka ikut pakej...jimat masa dan banyak tempat boleh pergi katanya...)

Peluang ini kami dapat merasai apabila arwah ayah dan mak saya di saat-saat tahun akhir mereka untuk pencen (ayah saya pencen ketika saya tingkatan 4 dan dia menyambung lagi kontrak selama 2 tahun, mak saya setahun selepas ayah saya pencen). Mak ayah saya jarang untuk berjalan bersama. Saya masih ingat, arwah ayah saya pergi ke Scotland menziarahi adiknya yang meyambung PHD di sana. Mak saya tidak dapat untuk ikut bersama kerana keadaan wang yang tidak cukup. Malah, umrah pertama mak saya juga adalah hasil duit yang mak saya sendiri kumpul. 

Perkara-perkara inilah yang membuatkan saya berfikir bahawa nilai wang itu bagaimana. Jika kita mahukan sesuatu, usaha ke arah itu. Jika impian kita sebesar nilai sepuluh sen maka sepuluh senlah yang akan kita dapat dengan usaha yang hanya sepuluh sen. Tapi jika impian kita nilainya sebesar dunia, maka kita akan buat dan usaha agar nilai usaha kita seperti yang kita mahukan. Dan, arwah ayah saya mengajar satu perkara tetapi bukan melalui perkataan tapi melalui perbuatannya iaitu, walau susah dan sedikit mana pun yang kita ada, jadikanlah tangan kita suka memberi. Berilah walaupun hanya 20sen, walaupun hanya 50sen, walaupun hanya RM1 kerana melalui perbuatan ayah saya itu, saya dapat memahami satu perkara...biarlah kita dapat sikit tapi cukup untuk keperluan kita dari banyak tapi hati resah gelisah dan hutang keliling kita. Sejujurnya, ayah saya mengajar saya erti jangan berhutang. Kebanykkan kereta yang dia beli semuanya yang second hand tetapi dia beli mengikut kemampuannya yang mana dia beli cash tanpa hutang. Dan dua kereta terakhirnya, barulah kereta first-hand yang mampu dimilikinya dan dia membayar cash iaitu proton waja dan kemudiannya kia citra.

Dan perkara ini semakin lama makin memberi fahaman kepada saya bahawa, bisikkan hati itu adalah doa. Jika kita sentiasa mengeluh dan merungut, maka itulah doa kita. Tapi jika kita bisikkan yang indah-indah pada hati dan jiwa kita, Insha Allah, rezeki Allah itu akan datang tanpa kita sedar. Ingat pada Daya Penarikkan yang saya katakan di awal tadi? Bisiklah di dalam hati kita yang baik-baik dan jika kita tidak memperoleh apa yang kita inginkan, sentiasa fikirkan apa yang kita dah dapat. Dan yang paling penting, percaya dan yakin bahawa Allah akan berikan apa yang kita inginkan dengan syarat iaitu kita kena sabar dan redha.

Banyak yang saya dengar antara rakan-rakan saya yang mengeluh atau nada dengki (jaki lebih tepat...(dush...dush...dush...amik kau....)) mengatakan, "saya lain mereka lain. Saya single, mereka ada anak. Saya tiada tanggungan, mereka ada tanggungan". 

Astaghfirullah... lupakah mereka bahawa kita semua adalah sama iaitu hamba Allah. Hamba Allah mana yang tidak diuji malah Nabi Muhammad saw sendiri diuji. Jangan menilai ke'best'an orang lain sebagai alasan untuk kita menafikan rahmat yang Allah berikan. Sesunnguhnya single saya, saya menghadapi ujian sorang-sorang (contohnya; ketika ayah saya sakit, saya hadapi sorang-sorang. "Takkan tiada adik-beradik tolong kot??..." Ada, tapi mereka punya isteri/suami dan anak-anak untuk berkongsi-rasa....saya berkongsi-rasa dengan assignments master saya...dan kerja-kerja saya...."Siapa suruh kau tak kawin?...." saya diam kerana saya tahu, tanyalah semua yang belum berkahwin, adakah mereka tidak mahu berkahwin?.....dan mereka masih merasakan hidup saya "best"....! Unikkan?...) dan itulah ujian Allah pada saya....

Mereka katakan saya tiada anak tapi lupakah mereka jika alasan anak itu adalah alasan untuk mereka sukar mengecapi hidup 'best'...alangkah ruginya mereka kerana telah Allah nyatakan bahawa setiap perkahwinan itu Allah akan limpahkan lagi rezeki dan setiap anak itu telah tersedia rezeki mereka masing-masing. Jadi bayangkanlah, jika mereka merasa hidup saya 'best', mereka lebih-lebih lagi boleh mengecapi hidup yang berganda-ganda lagi 'best'!...dengan syarat, bersyukur dan tanamkan niat yang indah-indah dan positif.

Mereka kata saya tiada tanggungan. Percayalah, menjaga seorang ibu lebih besar tanggungjawabnya dari membesarkan 10 orang anak. Dengan anak-anak kita boleh marah dan arah mereka untuk mengikut segala suruhan kita yang mana di akhir nanti mereka akan patuh pada kita, tapi dengan seorang ibu...anda nak marah ke pada mak anda yang berusia 72 tahun?...(di usia yang memasuki zon ingatan semakin berkurangan dan tenaga yang semakin kurang). Jika anda tidak menjaga ibu dan ayah anda, jangan berani untuk menegakkan benang yang basah!...

Jadi, apa yang kita dapat adalah ujian dariNya dan juga keinginan yang ada dalam setiap bisikkan hati kita yang juga turut dimakbulkan olehNya. Dan untuk saya, jika saya memikirkan soal masalah (terutama jodoh) hidup saya tidak akan tenang dan menyalahkan keadaan dan orang lain. Dan silap haribulan saya akan terus-terusan menyalahkan tuhan (Nauzubillah). Dan setiap peluang yang Allah berikan pada saya, kemudahan untuk saya berjalan melihat tempat orang merupakan rahmat, dan Allah menangguhkan soal jodoh saya merupakan ujian dan juga rahmat untuk saya sentiasa kembali kepadaNya dan percaya pada ketentuannya. Jadi, perlukah saya hidup dalam kemurungan sedangkan saya punya pilihan untuk membuat hidup saya jadi lebih 'best' dan indah?

Niatkan dalam hati dan minta pada Allah apa yang kita inginkan, dan jangan sekali-kali kita merasa dengki jika melihat orang lain dapat yang 'best' sedangkan kita tidak dapat. Bawalah anak-anak berjalan walaupun mereka masih kecil. Jangan risaukan mereka kerana kita kena yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk menjaga. Pernahkan kita dengar, orang yang terlalu mejaga keretanya sampaikan segaris calar pun tak boleh, akhirnya keretanya accident.... Maka, percaya dan letakkan sepenuhnya pada Allah, positifkan diri dan lakukan sahaja kerana dengan melihat dunia, kita akan banyak belajar dan kita akan banyak menerima dan lebih penting bersyukur kepadaNya. Dan di saat kita bersyukur itulah Allah akan tambahkan lagi nikmat. Jika kita fikir negatif, perkara negatif yang akan menarik kepada kita. Ubah fikiran kita dan lakukan yang positif. Dan jika kewangan menjadi penyebabnya, percayalah bahawa rezeki kita akan ada dan muncul tanpa kita sangka-sangka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkahwin dan mempunyai anak. Jika mereka memikirkan soal susu dan pampers anak serta duit sewa rumah dan sebagainya sebagai satu beban yang perlu ditanggung setiap bulan, dan itulah alasan untuk tidak boleh berjalan...percayalah, kita tidak akan merasa cukup dan akan selalu merungut..Ubah pemikiran dan yakin bahawa dengan duit yang kita ada, Allah akan cukupkan malah Allah akan lebihkan tanpa kita sendiri sedar. Kerana rezeki Allah itu bukan dari nilai wang, tetapi terlalu banyak dari pelbagai keadaan.

Saya bandingkan dengan keadaan mak ayah saya yang mana hidup mereka biasa-biasa sahaja. Di awal usia pencen mereka, barulah mereka yakin untuk berjalan ke luar negara melihat tempat orang. Ketika mereka masih muda dan bekerja, keyakinan mereka dibataskan dengan alasan duit tidak cukup nak bawa anak berjalan dan anak-anak takde siapa jaga nanti. Dan itulah yang mereka dapat kerana itu yang mereka fikirkan dan bisikkan dalam hati. Tapi, saya melihat perkara ini sebagai satu yang positif dan saya bersyukur, disebabkan mak ayah saya tidak mengajar anak-anaknya hidup bermewah ini, telah mengajar saya untuk menghargai setiap apa yang saya ada, berusaha dan tanamkan dalam hati bahawa saya akan dapat apa yang saya inginkan dengan syarat, percaya dengan rezeki Allah.

Saya juga punya kawan yang hanya ayahnya sahaja yang bekerja (bisnes) dan ayahnya mempunyai anak yang ramai. Tapi, si ayah mampu untuk membawa anak-anak mereka berjalan ke luar negara. Saya belajar dari mereka bahawa, yakin dengan rezei Allah, percaya saya akan dapat jika bukan sekarang mungkin suatu hari nanti. Dan rezeki yang saya maksudkan bukan hanya pada rezeki dapat berjalan, tapi kesemuanya. Mintalah pada Allah akan kita diberikan rezeki dalam perkahwinan kita, pada kerjaya kita, pada anak kita, pada setiap sen yang kita ada, pada setiap sen yang kita beri dan paling penting, rezeki di dunia dan akhirat iaitu syurga. 

Dan ingat, apa yang kita fikirkan dan kita bisikkan dalam hati, itulah yang akan kita dapat kerana ia menjadi magnet pada kehidupan kita. Percayalah, daya penarikkan ini amat penting, kerana jika kita memikirkan hidup kita tidak best, memang pastilah kita merasa hidup kita tidak best. Maka, tukarkan fikiran dan bisikkan hati kita, yakin pada ketentuannya dan redha atas takdirNya...Insha Allah, akan datang perkara yang baik-baik pada kita.

Jadi, jika anda jeles dan jaki sebab saya asyik berjalan je...bisikkan dalam hati anda, buang yang negatif dan fikirkan yang best-best...Insha Allah, kita akan merasa bahagia dengan izinNya...amminnn.....







Thursday, October 3, 2013

----2 weeks without Notice----

      
2 Mac 2010


       Hari ini birthday daddy yang ke-69. Aku bangun dalam jam 10.30 pagi dan pergi ke bilik daddy untuk bertanyakan daddy dah makan ke belum. Aku masuk ke bilik, nampak dia sibuk dengan kain pelikatnya sambil terbaring atas katil hospital HOSPIS.
                                                         
          “Daddy makan dah?”
          “Belum”, jawabnya.“Nak makan?”, tanyaku.
          “Nak” , jawab daddy sambil mengangguk. 

         Sedih aku dengar sebab lemah jer suaranya di telingaku. Daddy berusaha untuk bangun, aku tolong supaya mudah untuk dia. Tak lama kemudian, mummy keluar dari toilet.

          “Hah, daddy belum makan lagi. Tadi tanya nak makan ke dia kata, nanti”, kata mummy.

     Aku lantas mengambil bubur kosong yang bibik bawa ke atas tiap-tiap pagi. Aku tambahkan sedikit kicap dan lauk ikan. Aku hulurkan pada daddy. Menggigil-gigil tangan daddy menerima mangkuk bubur dariku. Lantas aku capai kembali dan ku suakan sudu bubur ke mulutnya. Dengan perlahan dan menggigil-gigil daddy buka mulut dan makan bubur yang kusuapkan.

          “Sakit mulut”, kata daddy.
      “Mulut daddy kering. Daddy kena banyak minum, basahkan dalam mulut tuh dan bibir”, kataku padanya.

          “Tekak pun sakit”, katanya dengan suara yang perlahan. 

       Aku lihat ke matanya yang sejak akhir-akhir ini kelihatan pudar dan kurang bercahaya. Matanya dulu berwarna hitam kini dah bertukar kelabu. Aku tidak mahu memikirkan perkara yang belum boleh kuterima lagi buat masa ini.

          “Daddy makanlah mana yang daddy boleh. Tapi makan banyak sikit ek”. 

        Kataku sambil kusuakan lagi bubur ke mulutnya. Selepas habis 5 sudu bubur, aku hulurkan mug susu Prosure padanya. Susu Prosure khas untuk mereka yang menghidap kanser. Susu ini untuk memberi 'energy' kerana mereka ini selalunya sudah hilang selera untuk makan dan juga untuk 'develop muscle-muscle' pada badan mereka.

          “Daddy makan ubat jugak. Pagi belum makankan?” tanyaku
          “Eh, dah makan dah..”
          “Bila makannya? Nih pun daddy baru minum pagi..”
         “Mana ada makan ubat lagi. Tak makan lagi tuh”, mummy tiba-tiba menyampuk sambil buka pintu balkoni untuk menyidai baju.


        Aku lihat daddy membuat reaksi muka tak senang dengan jawapan mummy. Mungkin kerana dia dah jemu untuk menelan ubat-ubat yang sangat banyak itu.

          “Nah ubat daddy”, beritahuku sambil kuhulurkan ubat-ubatnya.
          “Banyaknyaaaaa......”, kata daddy sambil mengeluh seketika.
          “Yang nih tak payah makan. Ambil balik!”, keluar sudah arahan dia.

       Ubat yang disuruh ambil balik adalah ubat oxcycontine, salah satu jenis drug yang selalunya diberikan doktor pada pesakit cancer untuk mengurangkan kesakitan yang mereka alami. Dalam erti kata lain, ubat itu penting untuk daddy ambil bagi mengurangkan kesakitan daddy dan membolehkan daddy berselera untuk makan lebih bagi memberi tenaga dalam badannya.

       “Yang nih daddy kena makanlah dy. Mane ada ubat daddy yang tak payah makan pulak. Kalau tak, doktor tak kasi ubat-ubat nih”, jawabku dengan harapan daddy mendengar. 

      Daddy melihat ke arahku dan tiba-tiba aku merasa sedikit kecut jika daddy marah dirinya dipaksa makan ubat.

       “Daddy makanlah. Makan sikit-sikit tapi kena makan. Nanti yang sakit daddy, bukannya saya”, pujukku berharap dia boleh lagi menerima kata-kataku. 

    Daddy tunduk melihat ke tanganku dan cuba mencapai separuh ubat-ubat yang ada ditanganku dengan menggigil-menggigal. Aku pegang tangan daddy dan kuletakkan hati-hati ke tangannya. Lantas daddy campakkan ubat-ubat itu ke dalam mulut dan diminum air susunya tadi. Aku ulangi lagi untuk separuh lagi baki ubat-ubat yang ada pada tanganku dan daddy campak ke dalam mulut dan minum susunya. Lega hatiku sebab daddy ingin menerima kata-kataku tadi. Dia hulur kembali mug susunya kepadaku dan berehat seketika. Keadaannya seperti makan dan minum itu pun sudah penat baginya.

        “Daddy nak apa-apa lagi?, tanyaku
        “Kau ikatkan kain nih. Pampers nih bukak. Aku tak mahu!”, arahnya padaku
      “Pampers nih daddy pakailah. Kang daddy tetiba nak kencing ke, mane larat daddy nak bangun. Daddy pakailah ek”, jawabku sambil mengikat tali kain buatannya pada kain pelikatnya.

    “Daddy baringlah. Nak saya urut?” tanyaku supaya daddy tidak memaksaku lagi untuk membuka pampersnya
       “Hah! Nak!”. 

  Daddy membaringkan badannya perlahan-lahan. Kesian aku melihat kesukaran dia untuk mengiringkan badannya supaya aku boleh mengurut punggungnya. Aku tahan air mataku supaya daddy tak nampak aku sedih melihatnya.

        “Daddy...Happy Birthday”, kataku setelah tanganku menyentuh belakangnya.
        “Birthday...?” ayat tanyanya terhenti seolah-olah daddy berfikir.
        “Brapa haribulan arini?”, tanyanya.
       “Hari ini 2 Mac dy, birthday daddy. Selamat harijadi”, kataku dengan lebih terang agar dia jelas mendengar.
        “2 Mac?. Arini dah 2 Mac?...hari apa ari nih?.
        “Arini hari Selasa, 2 Mac, birthday daddy” jawabku lagi.

     Aku lihat daddy diam seperti berfikir. Aku biarkan dia sambil mengurut-urut belakang badannya.

      “Makan dah daddy ubat?”, tanya mummy tiba-tiba menyoal setelah selesai dia menyidai baju.
      “Dah, makan dah”, jawabku.
   “Tadi mummy suruh daddy makan, dia marahnya. Dia kata nanti dia makan. Tak makanlah dia. Dengan ubat-ubat tak makan”, terang mummy sambil  daddy mendengar juga. 

      Aku menggeleng-geleng kepala mamberi isyarat supaya mummy tidak bercerita lanjut. Bukan aku tak tau perangai daddy. Dengan mummy nih ada jer salahnya. Mummy bercakap sepatah, sudah disuruh diam. Dah memang perangai mummy suka bercakap berkali-kali. Kalau daddy tak makan, habis keluar syarahan mummy pada daddy. Nak buat macamana, dah namanya cikgu pencen...

      “Dah-dah, daddy makan dah. Ubat pun dah. Mummy jangan paksa-paksa dah. Kang ada yang kena marah...hehehehe...” balasku agar mummy faham pada keadaan sekarang.
      “Elly malam nih ada kelas?” tiba-tiba mummy bertanya, sambil menjeling faham akan maksudku.
      “Ada, petang nih sampai malam”, mummy mengangguk-angguk dan dia lantas pula turun ke tingkat bawah. 

      Aku meyambung urut di badan daddy sambil melihat daddy termenung memikirkan sesuatu. Aku mendongak ke arah jam, sudah hampir jam 11.30 pagi. Aku sendiri belum mandi.

       “Ok dah? Nak urut lagi?” tanyaku
     “Ok dah. Kau tolong pusingkan aku nih. Bontot aku sakit”, pinta daddy. Aku pusingkan perlahan-lahan daddy agar sakit di tulang pungungnya tidak terasa sangat.

        “Ok dy?”. Daddy mengangguk-angguk.
      “Ok..ok, terima kasih”, Setelah selesai aku menguruskan daddy, aku minta untuk ke bilik dan mandi.
        “Ok dy, selamat harijadi ek”, kataku lagi sambil pandang ke mukanya. 

      Terus terasa lidahku kelu untuk mengucapkan ucapan yang lebih panjang. Kelu melihat, lemah mata ayahku saat ini.

       “Ok, terima kasih, terima kasih”, jawab daddy sambil mengangguk-angguk lagi kepalanya.

      Aku masuk ke bilik dan terus mengirim “message” ke Naeemah menyatakan hari ini harijadi daddy aka bapa angkatnya. Naeemah di dalam familiku telah mendapat tittle 'anak angkat' tidak sah dari jabatan pendaftaran kerana kehadirannya dalam rumah ini seperti sebahagian dari ahli keluargaku. Setelah selesai mengirim pesanan berserta nombor handphone daddy, aku lantas capai tuala dan mandi. Sesudah mandi, aku langsaikan hutang yang aku tinggalkan subuh tadi dan juga sembahyang dhuha. Semoga rezeki dan rahmat Allah sentiasa diturunkan padaku dan keluargaku tanpa putus-putus.

       Selesai aku mengantung telekung, telefonku berbunyi. Tertera nama Naeemah di telefonku.

      “Assalamualaikum. Hah nape?”, tak menyempat-yempat Naeemah nak berkata apa-apa, telah kuajukan soalan padanya

     “Waalaikumsalam. Elly!! Nekma dah taip message panjang-panjang kat Elly suruh wish kat daddy happy birthday, tapi Nekma tersend kat daddy plak. Alamak macamane ni? Kang daddy tak paham pulak”

      “Hah oklah send terus kat daddy. Memang birthday dia pun”, balasku sambil tangan pantas memulas tombol pintu dan menuju ke bilik daddy.

       “La...Nekma taip dah jadi lainlah. Nekma taip suruh Elly sampaikan”, balasnya. Ketika itu aku telah capai handphone daddy sambil mencari-cari pesanan yang dihantar oleh Naeemah.

        “Tak de pun message Nekma. Elly check ni takde pun”
        “Eh! Yeke? Nekma send ke nombor daddylah tadi”
        “Nih daddy ada kat depan nih”
     “Nekma send dah. Hah, bagilah nekma cakap sendiri kat daddy”, pinta Naeemah akhirnya dan aku hulurkan handphoneku ke daddy.

        “Nekma tepon”, kataku pada daddy. Daddy sambut handphoneku.
        “Hello” (Assalamualaikum Uncle)
        “Waalaikumsalam” (Uncle apa Khabar?)
        “Ye...macam nihlah....”(Selamat Harijadi ye Uncle)
        “Oh! terima kasih, terima kasih...”(Yang keberapa nih Uncle?hehehe..)
      “Yang keberapa?....yang ke-25...hehehe...” (yang ke-25, wah kalah saya mcm nih..hahaha.. tuh uncle kat rumahlah?)

      "Ha'ah..”.(oklah, uncle jaga diri baik2. Saya doakan Allah kurangkan   kesakitan uncle, uncle boleh makan banyak sikit, boleh jalan-jalan)
       “Baik...terima kasih” (So, Selamat Harijadi ye Uncle. Moga cepat sihat dan dipanjangkan usia)
       “Yelah, terima kasih. Tuh sihat ker? Ada kat mana?” (Saya sihat jer. Ada kat Jempol nih)
       “Ok, keje betul-betul” (Ok uncle, Selamat Harijadi. Assalamualaikum)
       “Ok baik, terima kasih, waalaikumsalam”. 
        Aku hanya mendengar sahaja jawapan daddy. Daddy hulurkan handphoneku kembali.

        “Naeemah telefon..”, kata daddy sambil kulihat matanya sedikit gembira
        “Iye? Dia nak apa?”
        “Dia cakap Selamat Harijadi”, balas daddy.
        “O..lagi dia cakap apa?”, tanyaku sekadar ingin tahu
        “Dia tanya yang keberapa? Aku jawab ke-25..hehehehe...”
        “Oh yeke...”balasku sambil tersenyum. “Daddy nak apa-apa ker?”
        “Tak...takde. Kau urutkan sikit kaki nih”, aku terus ke kakinya mengurut kaki daddy. 

       Keadaan ketika urut itu yang aku lihat, daddy rasa di dalam keadaan aman. Selalunya bila aku urut kakinya, dia akan pejamkan mata untuk tidur. Sesaat aku mengangkat tanganku dari kakinya, matanya bergerak-gerak untuk buka. Aku teruskan urut agar dia dapat pejam mata dan berehat lebih lama.



        Petang tuh, aku bersiap lambat untuk ke kelas. Kelam-kabut aku mandi dan bersiap di dalam keadaan jam sudah hampir pukul 5 petang. Kelas masterku pula bermula jam 5.30 petang. Ada kerja yang perlu ku selesaikan terlebih dahulu tadi. Selesai kerjaku di laptop, hantar untuk print di printer dan terus kucapai tuala dan menuju ke bilik air.

       Selesai mandi dan memakai baju, aku sempurnakan solat asar dan sesudah itu aku kumpulkan kertas-kertas kerja yang berteraburan. Buku-buku untuk ke kelas aku sumbatkan ke dalam beg. Cepat-cepat aku capai tudung yang dah bergosok dan berpin dan ku sarung ke kepala. Aku kutip kerja-kerja yang telah disusun dan kuletakkan di atas laptop dan beg lantas terus ke pintu untuk keluar. Seketika aku singgah ke bilik daddy untuk melihat keadaannya.

        “Mummy saya pergi kelas..” suaraku memberitahu
        “Ok, balik malam kan?” tanya mummy dan aku mengangguk.
        “Dy saya gi kelas”, Aku lihat daddy hanya mengangguk.
        “Baik-baik bawak kereta”, pesannya seperti biasa.

        Petang itu aku keluar rumah dan terlupa bahawa janjiku untuk membeli kek harijadi daddy kerana leka membuat kerja-kerja 'lagha' ku. Aku katakan dalam hati, esok mesti aku beli untuk daddy agar tidak aku terkilan nanti.



----Nantikan sambungan seterusnya...(idea kurang mencurah sekarang ini...)

Join blog saya dan comment untuk sebarang cadangan yg baik dan membangunkan yang boleh saya perbaiki nanti.... Insha Allah....