Assalamualaikum
semua….Seperti biasa memang sudah agak lama blog ini tak digunakan…
Alhamdulillah…dalam
beberapa bulan dan juga hari kebelakangan ini, banyak benda yang terjadi pada
diri saya, ujian dan kejayaan, kegembiraan dan kesedihan. Agak bercampur-aduk juga
perasaan saya ketika ini. Insha Allah dengan izinNya, hati dan jiwa akan menjadi
lapang dengan seluasnya. Doakanlah untuk saya.
Ok, untuk kisah pada
kali ini, ada satu cerita yang agak penting ingin saya kongsikan pada anda. Dan
harapnya kisah ini dapat memberi kesan pada hati dan jiwa saya serta serba
sedikit memberi saya satu dimensi yang berbeza tentang kehidupan, dan juga
kepada anda semua. Walaupun tidak sepenuhnya melapangkan jiwa saya, tapi saya
yakin, Allah menegur hambaNya melalui hambaNya…dan insha Allah, saya akan
kongsikan berkenaan kisah Kak Emy yang saya temui secara tidak sengaja malah
saya tidak kenal pun ketika berjalan-jalan di sebuah tasik yang mana tasik ini
berada di sebuah kawasan perumahan elit yang tersusun dan terjaga. Cuma tasik
dan kawasan perumahan ini dipisahkan dengan laluan kereta dan perjalan kaki dan
ini kali pertama saya menjejakkan kaki di tasik ini...(lokasi dirahsiakan… :P)
Kak Emy yang saya baru
kenali ni saya jumpa ketika dia sedang duduk berhadapan tasik dan saya rasakan
amat jauh sangat termenungnya. Secara jujur, saya bukanlah seorang yang
ramah-tamah untuk menegur, tapi disebabkan saya rasa tempat Kak Emy duduk tu
macam best je sebab berhadapan dengan tasik dengan view yang cantik.
Alhamdulillah, senyuman
bertukar senyuman serta salaman dan Kak Emylah namanya. Benda yang pertama saya
tanyakan,
“Jauh semacam je akak termenung?...”. Dan jawapan saya dibalas dengan
senyuman yang agak lama juga.
Seketika dia berkata
“Alhamdulillah dik, akak termenung sambil bersyukur…” (dan dia senyum lagi). Dan secara automatik banyak soalan dalam kepala saya ketika itu.
“Alhamdulillah, baguslah kalau begitu kak…”
kata saya dan saya lihat secara
sekilas matanya dan saya rasakan kata-katanya jujur, tiada tipu dan tiada duka.
Dan kemudian sedikit perbualan biasa-biasa berlaku. Sejujurnya, memang hati
saya sangat-sangat hendak tahu kenapa Kak Emy yang saya baru kenal ini, amat
tenang dalam percakapannya dan saya
rasakan kata-kata dia ‘penuh dengan syukur’ (walaupun tidak pulak dia sebut syukur
tu sangat tapi saya seolah rasa syukurnya itu melalui bicara tutur kata dan
tingkah-lakunya yang mendamaikan hati saya…ermm…payah jugak nak
explainkan…huhuhu…)dan kelihatan penuh dengan rendah diri (almaklumlah hati
saya pun ketika tuh tengah kacau-bilaukan…huhuhuu…)
Kak emy tinggal
berhadapan dengan tasik ini di sebuah rumah semi-D dua tingkat yang mana
kawasan tanah untuk rumah semi-D di kawasan ini agak luas dan elit tetapi masih
kelihatan bersederhana dari sudut rekabentuk rumah yang moden(yang kalau
ikutkan hati memang rumah idaman saya ni…insha Allahhhhh….). Berhampiran rumah
kak emy juga berdekatan dengan kawasan padang permainan yang memudahkan penduduk
di kawasan ini untuk beriadah dan membawa anak-anak untuk bermain di waktu
petang serta masjid. Kak Emy ketika itu sedang membawa anak-anaknya keluar
bermain petang di padang permainan yang berdekatan. Tetapi katanya, dia
mengambil peluang untuk duduk sekejap di hadapan tasik ini sebab dah lama tiada
masa untuk duduk-duduk saja macam ni.
Anak-anaknya yang masih kecil, yang sulung lelaki hampir masuk dua tahun dan
yang kedua perempuan yang baru berusia 9 bulan dijaga oleh pembantu kak Emy.
Melihatkan pada cara
kak Emy, saya yakin hidupnya agak senang dan cukup bersederhana. Dan kak Emy
merupakan seorang pensyarah kedoktoran setelah saya tanya adakah dia bekerja. Dan
di samping dia menjadi pensyarah, kak Emy juga mengendalikan sebuah syarikat
pengiklanan dan penerbitan untuk iklan-iklan dan buku-buku. Agak kagum juga
saya dengan kejayaan kak Emy ini. Tidak mudah saya rasakan untuk seorang wanita
seperti kak Emy yang mempunyai anak-anak masih kecil dan mempunyai
tanggungjawab tetap sebagai pensyarah dan memiliki bisnes yang perlu juga
diambilkira dan juga seorang isteri dan ibu pada anak-anaknya.
Melalui cerita kak Emy
juga dia memberitahu, kerjaya dan rumahtangganya juga adalah tolak-ansur dari
suaminya juga yang sama-sama turut memahami kerja masing-masing. Cuma perlu ada
pemahaman dan kata sepakat dalam mengendalikan dan membesarkan anak-anak dan
rumahtangga. Suami kak Emy juga terlibat dalam syarikat pengiklanan dan penerbitan tersebut tetapi suaminya juga
perlu memberi perhatian kepada bisnes keluarganya.
“Bendanya
tidak mudah, dengan perlu beri perhatian pada suami dan anak-anak masih kecil
lagi tapi Alhamdulillah semua yang kita lakukan adalah kerana minat dan
mempunyai tujuan. Kak Emy sendiri kahwin lewat. Jadi permulaan untuk membina
keluarga ni pun lewat. Tapi Alhamdulillah, bila dah bertemu jodoh tu, kak Emy
dan suami dah fikir dari awal untuk rancang masa depan. Kerana kami tahu,
kehidupan kami bermula lambat dan kami tidak boleh untuk berlengah-lengah dan
perlu cepat bangun dan bangkit. Dan usaha itu perlu dilakukan bersama. Jika
berseorangan mungkin susah, tapi baiknya berdua. Bersama-sama memahami dan
bertolak ansur. Memang susah sebab banyak ujian, tetapi kalau tidak cuba dan
laluinya mana kita tahu kita boleh lakukan atau tidak. Dan semuanya adalah
dengan izinNya. Perkara asas dan penting adalah minta pada Allah untuk segala
apa yang kita lakukan ini dapat memberi kebaikkan dan manfaat pada orang lain. Dan
minta pada Allah agar segala apa yang kita lakukan dipermudahkan dan membawa
kebaikkan pada diri kita juga. Elly masih muda, punya banyak peluang untuk
lebih berjaya”. (bila saya tanya umurnya, beza saya dan dia hanyalah 3 tahun
sahaja…huhuhu….dan saya belum juga berkahwin…..huhuhu…..macamane nak berjaya
macam kak Emy niiii….uhuhu…)
Kak Emy secara sukarela
berkongsi kisah hidupnya. Kata Kak Emy,
“Hidup
ini memang banyak dugaan dan ujian, Elly. Sehingga kita jarang bersyukur. Kak Emy
pernah menjadi seorang yang kurang bersyukur. Dan akak sedar benda itu, cuma perasaan
tidak puas hati dan sangka buruk banyak dalam hati. Elly perlu tahu, hidup nih
Allah nak ajar kita melalui ujian. Bila kita ditimpa masalah dan ujian, lihat
balik pada apa yang pernah kita buat dan pernah kita minta pada Allah. Kerana
tidak semua ujian itu adalah balasan Allah pada tindakan kita dahulu tetapi juga
ujian untuk Allah memakbulkan doa-doa kita. Cuma kita perlu banyak menilai,
melihat, mengenali pentunjuk-petunjuk sekeliling dan muhasabah diri”
“Kak
Emy ingat pada satu perkara yang terjadi pada akak. Masa tu akak memang dalam
masalah dan akak tak banyak kongsikan masalah-masalah akak pada orang terutama
pada mak akak ataupun adik-beradik. Banyak akak minta doa pada Allah mohon
Allah lapangkan dada kak Emy dan tunjuk jalan keluar pada masalah akak ini.
Tapi, semakin hari tidak berkurangan resah dalam hati akak ni. Dan ada satu
hari, mak akak hadiahkan seutas jam yang memang akak pernah inginkan. Dan jam
itu sebenarnya mak akak tahu dari kawan akak. Akak memang tidaklah hendak
sangat jam tu tapi cuma harap-harap baguslah kalau dapat jam baru. Masa kak Emy
dapat jam tu, akak rasa marah. Marah sebab akak tak mahu mak akak
susah-susahkan benda ini. Dan pada kak Emy, dalam keadaan usia mak akak yang agak
berusia, lebih penting pada akak adalah doa dan redha mak pada akak. Duit dan
harta itu nombor dua. Kerana jika nyawa mak akak diambil olehNya, tiada lagi
doa dan redha mak pada akak. Akak agak rasa terkilan sedikit pada saat itu.
Syukur akak pada itu tiada melainkan rasa marah (tetiba saya rasa macam mengena
pulak dengan hidup saya…errmmm…)”
“Makin
bertambah-tambahlah rasa resah dan gelisah dalam hati akak ini. Tapi, untuk
sekejap lepas itu akak muhasabah diri balik. Akak tanya pada diri, “tidak
bersykurkah aku ini? Pemberian mak yang hendakkan anaknya gembira tapi aku
balas balik dengan hati yang marah. Walaupun tak adalah akak marah mak akak tu.
Cuma perasaan dalam hati yang penuh amarah. Banyakkali akak ishtiqfar… bendanya
tak mudah Elly, tapi hati ini kita kena didik sendirikan. Dan kak Emy cuba dan
terus cuba untuk bersyukur. Dan lepas dari perkara itu, kak Emy cuba sedaya
yang mampu untuk terima pemberian orang pada akak walaupun hanya sekecil sahaja
dengan syarat akak kena lihat pada niatnya terlebih dahulu. Jika akak mampu
untuk tahu niatnya lah.
“Dari
situ kak Emy belajar, jangan menolak pemberian orang dan jangan menolak
peluang. Dan akak selalu ingatkan diri akak, untuk menjadi manusia lebih
bersyukur, kita bukan hanya menerima dengan gembira tapi kita kena lebih banyak
memberi dengan gembira. Memberi tidak semestinya dengan harta, wang dan benda
tapi dengan senyuman dan keikhlasan pada hati. Buat bukan ingin minta dipuji
atau untuk dikenang, tapi kerana kita memang ingin memberi. Insha Allah, hati
akan sentiasa tenang, kerana mungkin pemberian kita yang kecil mampu menggembirakan
hati mereka yang menerima. Begitu juga bila kita menerima dengan gembira, akan
menggembirakan hati yang memberi. Dan Alhamdulillah dik, bila kita diuji pun
kita mampu untuk bersyukur. Bendanya tidak mudah dan akak sendiri masih lagi
belajar untuk memberi, menerima dan bersyukur”.
Itu antara kata-kata
yang masih saya ingat. Di saat sebenarnya ketika itu juga saya pun memerlukan
ketenangan (tuh yang pergi sampai ke tasik tu…). Alhamdulillah, hikmah Allah
mengajar hambaNya melalui hambaNya. Dan saya juga teringat pada kata-kata
seorang guru saya.
“Bagaimana
kita HENDAK menerima rezeki yang besar dan banyak jika kita tidak mampu untuk
menerima dan bersyukur dengan rezeki yang kecil dan sedikit…..”
“Jika
kita melihat masalah ini sebagai masalah, maka kita akan terus dihimpit masalah
dan akan menarik masalah-masalah yang lain. Tetapi jika kita melihat masalah
itu adalah peluang, kita akan dapat mengubah masalah itu menjadi perkara yang
lebih baik dan menarik lebih banyak peluang dan perkara yang baik-baik”
Sesungguhnya, untuk
kita menjadi matang dan lebih berjaya, pengalaman manusia lain itu juga panduan
untuk kita. Di saat sebenarnya saya meminta pada Allah untuk memberikan
ketenangan, Allah menegur saya dengan berhikmah sekali. Jika kita tidak
endahkan “teguran” Allah itu, merisaukan Allah akan menegur kita dengan ujian
yang mungkin kita tidak mampu untuk tanggung.
Alhamdulillah,
mudah-mudahan kisah kak Emy itu dapat saya jadikan pengajaran untuk belajar
bersyukur. Dan memang benda ini tidak mudah. Keadaan sekeliling, kerja,
rakan-rakan, peribadi dan macam-macam lagi banyak mempengaruhi. Dan tidak mudah
untuk melafazkan syukur bila hati tidak mampu untuk menanggung ujian. Dan tidak
mudah untuk hati redha jika diri-sendiri tidak mampu untuk redha sepenuhnya.
Teringat saya pada kata-kata
seorang ustaz,
“Hakikat
rezeki itu bukan pada duit, gaji atau income sebenarnya. Tetapi ia merangkumi
beberapa perkara.
Sihat
itu rezeki,
Bahagia
itu rezeki,
Banyak
masa juga rezeki,
Disayangi
juga rezeki,
Tidak
putus duit itu rezeki,
Dapat
(apa-apa) pun rezeki,
Erti
rezeki itu adalah yang kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? Kerana di saat kita
merasa NIKMAT itu, ramai orang di luar sana
yang tidak berpeluang merasainya. Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yang
selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yang mengatakan CUKUP itu pula ialah
iman. Maka, bersyukurlah”
Alhamdulillah, moga apa
yang saya kongsikan dapat memberi manfaat pada anda yang membacanya. Mudah-mudahan
kita sama-sama berusaha untuk bersyukur selalu dan diberikan rezeki yang
barakah serta dijauhkan dari segala musibah. Insha Allah, ujian dariNya untuk
mengajar kita untuk masa depan. Kesulitan hari ini adalah untuk kita tempuh dengan
mudah untuk ujian masa depan. Yakin dan redha dengan ketentuannya. Insha Allah, Dia akan sentiasa ada bersama....Aameen….
Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)
ReplyDeleteAssalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)
ReplyDelete